MAT SABU MASIH BELUM SERIK. MAHU CERAMAH DI NS

>> 01 October 2011


Mat Sabu masih lagi belum serik. Selepas insiden semasa ceramahnya di Jalan Jelebu, Ampangan tempoh hari, Mat Sabu masih lagi mahu berceramah di Negeri Sembilan.

Pada ceramahnya yang lalu, Perkasa seramai 100 orang mengadakan bantahan semasa ceramahnya sedang berlangsung. Semasa itu juga, Malaysiakini melaporkan terdapat laporan kecederaan akibat rusuhan yang berlaku antara pengikut khawarij dan Perkasa Negeri Sembilan.


Ternyatalah rakyat Negeri Sembilan tidak mengalu-alukan kedatangan Mat Sabu ke negeri perpatih ini. Mat Sabu yang masih belum serik ini seolah-olah ingin mencabar rakyat Negeri Sembilan dengan tetap berdegil mahu mengadakan ceramah di Rembau.

Di masa akan datang. tidak hairanlah sekiranya akan lebih ramai rakyat Negeri Sembilan mengadakan bantahan ke atas ceramah Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira negara. Jika di ceramahnya dahulu di Jalan Jelebu, Ampangan seramai 100 orang menyertai bantahan, mungkin selepas ini lebih ramai lagi yang akan turut serta membantah Mat Sabu.

Kepada Mat Sabu, janganlah bermain dengan api. Anda tidak dialu-alukan berpijak di bumi perpatih ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP