APA SUDAH JADI DENGAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA?

>> 09 October 2011

Sekarang ini dapat dilihat trend mengenai pesalah yang terlepas hukuman. Sebaliknya orang yang menghebahkan atau membantu untuk menghentikan kegiatan pesalah akan didakwa. Undang-undang ini dimanipulasi oleh banyak pihak akibat ketidakcekapan sebahagian wakil kerajaan dalam menguruskan sesuatu agensi dan undang-undang.

Isu pertama, trio Dato' didakwa sedangkan orang yang disyaki melakukan aksi video seks bebas kemana-mana memberikan ceramah. Tiada lagi respon dari pihak polis mengenai isu ini.

Isu kedua ialah Bersih. Penganjur Bersih iaitu Ambiga dibebaskan tanpa sebarang dakwaan sedangkan dalam masa yang sama kerana sikap agresif pengikut Ambiga ini, perjalanan ekonomi Kuala Lumpur lumpuh. Ambiga dan Bersih membahayakan ribuan nyawa penduduk Kuala Lumpur. Demonstrasi yang tidak diberikan permit dan melanggar titah Agung itu seolah-olah dijulang sebagai perhimpunan rasmi sedangkan anggota polis yang bertugas didakwa.

Isu ketiga ialah kes murtad di DUMC. Hasan Ali dan Jais yang membuat serbuan untuk menghalang murtad dikecam hebat sebaliknya gereja yang menjalankan aktiviti haram ini dilindungi oleh tangan-tangan kotor dalam kerajaan negeri Selangor.

Apa sudah jadi dengan Malaysia?!!! Masih tidak nampakkah keadaan ini? Keadilan dicantas oleh tangan-tangan kotor pemimpin. Sedangkan rakyat yang masih mengharapkan ketenteraman yang dibawa kerajaan semakin terhakis.

Mengapa badan-badan berwajib terlalu takut untuk menjalankan kewajipan? Kewajipan badan-badan berwajib seperti KDN, polis, mahkamah dan lain-lain ialah untuk melindungi rakyat daripada ancaman seperti di atas. Bukannya sekadar melihat dan memberi amaran. Tanpa tindakan, keadilan tidak dapat ditegakkan.

Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan rakyat. Dalam perkara ini, politik nombor dua manakala keselamatan nombor satu! Janganlah isu seperti ini pun masih hendak mengikut pandangan politik parti. Saya bukan membidas pembangkang atau kerajaan, tetapi siapa yang termakan cili, terasalah pedasnya.

Sekarang baru masuk bab politik. Dalam ceramah Mat Sabu di Rembau, Mat Sabu memanggil menteri KDN sebagai "Datin Seri" Hishamudin. Tidak malukah Hishamudin? Bukannya setakat penyokong kerajaan, malah pembangkang sendiri pun tahu akan ketidakcekapan anda sebagai seorang menteri.

Selagi badan-badan berwajib hanya sekadar cakap lebih tindakan kosong, maka akan makin ramailah golongan yang akan menggunakan kesempatan ini untuk mencari keuntungan. Sudah sampai masanya badan-badan berwajib ini diberikan nafas baru untuk menjadi lebih cekap dan amanah.

ps: kalau cakap lebih-lebih nanti akan ada la orang datang geledah rumah macam blogger lain kena.

1 comments:

aku,  October 9, 2011 at 9:22 AM  

bro,
kerajaan tak kan mensensasikan berita2 mcm ni...siasat secara senyap..bukan mcm pakatan haram, semua nak cari publisiti..
TQ

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP