MALAYSIAKINI MENYERANG ROSMAH! MODAL MENGHASUT KAUM CINA!

>> 22 October 2011


Ini ialah tajuk berita yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini versi bahasa cina. Berita ini mengisahkan seorang wakil DAP yang mempersoalkan cara hidup Rosmah yang mewah yang mempunyai 11 beg tangan yang berbeza.

Berita menghasut ini tidak didapati dalam versi bahasa selain bahasa cina. Kebiadapan MalaysiaKini menyerang peribadi seseorang mula dipertikaikan.

Sebelum ini, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan mengapa perlu mengheret anaknya ke dalam kancah politik? Di waktu ini, mengapa pula MalaysiaKini mengheret isteri PM ke kancah politik? Ini bukti sikap cakap tidak serupa bikin Lim Guan Eng dan para Gestapo penyebar fitnah DAP.

Portal rasis MalaysiaKini semakin kurang ajar dengan menyiarkan berita ini hanya dalam bahasa cina sahaja. Tujuan MalaysiaKini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menghasut kaum cina membenci PM dan keluarganya. Hasutan ini sangat melampau kerana menjejaskan reputasi seseorang.

Sebelum itu, wakil DAP yang tidak perlulah disebut namanya yang mempersoalkan perkara ini harus sedar. Sebelum dia mempertikaikan cara hidup orang lain, sila pertikaikan cara hidup wakil rakyat DAP yang dilihat lebih mewah dari mana-mana wakil rakyat BN.

Pernahkah wakil DAP dan MalaysiaKini bertanya mengenai gaya hidup mewah Teresa Kok pula? Lihat gambar ini. Kesemuanya di tempat pelancongan luar negara.




Pernahkah MalaysiaKini dan wakil DAP bertanya mengenai gambar ini? Sikap golongan rasis ini memang keterlaluan. Gajah di hadapan mata dibuat-buat tidak nampak manakala semut diseberang laut akan dicari sampai nampak.

ps: ni belum lagi cerita azmin ali ada kereta ferrari. anwar ibrahim yang tak kerja tu pun ada kereta merc.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP