SAMPAI BILA DATUK....?

>> 30 October 2011


Gambar di atas menerangkan insiden pergaduhan semasa pemilihan peringkat Bahagian UMNO Seremban yang lepas. Dalam sejarah UMNO Negeri Sembilan, edisi pemilihan inilah yang paling ganas sekali dengan dipenuhi aksi tumbuk menumbuk dan membaling kerusi di dewan semasa mesyuarat.

Saya sebagai penyokong utama parti Melayu amat kesal dengan perkara ini. Dimanakah budi bahasa kita sebagai orang Melayu dalam bersidang? Apakah sudah hilang segala ajaran datuk nenek kita selama ratusan tahun?

Peristiwa ini sebenarnya tidaklah berakhir di sini sahaja. Saya terus mencari dan mencari punca perbalahan dalaman yang amat kritikal ini. Dari sebelah sana dah dengar, sebelah sini pun dah dengar. Ini jawapan saya. Mungkin ada yang merasakan saya seorang yang "bias" dalam menilai pandangan kedua-dua pihak tetapi terpulanglah kepada masing-masing. Lagi pun, pandangan saya tidak semestinya benar.

Bagi saya, puncanya tidak lain dan tidak bukan dari pemimpin sendiri iaitu Ketua Bahagian UMNO Seremban iaitu Datuk Ishak Ismail. Dari mulut penyokongnya sendiri, cara berpolitik Datuk Ishak Ismail yang membuatkan keadaan UMNO Seremban berpuak-puak.

Sejarah sendiri telah menceritakan. Siapa sahaja MB Negeri Sembilan pastinya mempunyai krisis dengan Datuk Ishak Ismail. Sebelum ini, Datuk Ishak Ismail memulakan kempen untuk memburukkan reputasi Tan Sri Isa Samad semasa dalam jawatan MB. Kini, Tok Mat juga menerima serangan yang sedemikian rupa.

Di waktu ini saya terfikir, jika semua orang tak betul, maknanya diri sendirilah yang tak betul. Bukankah begitu? Bukan sahaja MB dan bekas MB, malah ramai lagi YB lain yang menerima serangan yang sedemikian rupa.

Apakah yang tidak cukup dinikmati Datuk Ishak? Jika hendak dikatakan tak pernah jadi YB, dah pegang Lenggeng dua penggal. Apa sebenarnya yang dikenhendakinya? Tidak cukup lagikah?

Saya bukannya membenci tapi saya cuma untuk menyatakan di sini "bukan cara Melayu untuk menjatuhkan rakan dengan cara sedemikian". Sampai bila kami sebagai penyokong parti Melayu harus menonton wayang  yang sedemikian yang dimainkan pemimpin? Sampai bila lagi Datuk?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP