HIMPUNAN SEJUTA UMAT: ISLAM BAGAIMANA PAS PERJUANGKAN?

>> 21 October 2011


Esok pada pukul 2 petang, akan diadakan perhimpunan sejuta umat yang bertujuan menetang gejala murtad yang dibawa oleh segelintir ahli masyarakat. PAS telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak serta sebaliknya dikhabarkan akan ada segelintir pemimpin PAS yang akan ingkar dengan arahan pucuk pimpinan parti.
\
Di sini, cuma perlu difikirkan secara rasional. Apakah PAS yang konon-kononnya selama ini mendokong nama Islam tidak sedar akan permasalahan ini? Semestinya kita sebagai umat Islam agak terkilan dengan pandangan sempit pucuk pimpinan parti PAS yang menghalang ahlinya menghadiri majlis ini atas nama parti politik.

Sayang seribu kali sayang, ahli PAS lebih sudi menghadiri perhimpunan menyelamatkan karier seorang manusia yang mengeluarkan kenyataan biadap terhadap sultan dalam isu murtad.


Tambah dikesalkan, ahli PAS sanggup bertempur dengan polis semasa demonstrasi haram Bersih 2.0 walaupun mereka sedar bahawa pemimpin perhimpunan haram itu ialah seorang kafir yang memperjuangkan murtad iaitu Ambiga. Persoalannya disini, di tahap manakah sebenarnya ahli PAS meletakkan nama Islam dalam perjuangan? Adakah sekadar bentuk pakaian atau pun sekadar nama?

Jihad menentang murtad itu wajib. Tetapi jihad ini tidak disokong PAS. Jadi, jihad yang bagaimana disokong PAS? Mungkinkah mereka sudah lupa dengan perjuangan mereka menetang murtad suatu masa dahulu? Jika terlupa, saksikan video ini sebagai peringatan kepada kita sesama Islam.


Apakah ahli PAS sudah lupa akan perkara ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP