SAMAN FITNAH MAT SABU KE ATAS UTUSAN

>> 11 October 2011


KUALA LUMPUR 11 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 3 November ini untuk pengurusan kes saman fitnah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.

Hakim Datuk John Louis O’Hara menetapkan tarikh tersebut selepas menemui peguam Azhana Mohd. Khairudin yang mewakili Mohamad sementara Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu yang dinamakan defendan pertama dan kedua diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, di dalam kamarnya.

Firoz ketika ditemui media memaklumkan pihaknya akan memasukkan pembelaan terhadap penyataan tuntutan yang difailkan sebelum atau pada tarikh tersebut.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, selaku plaintif memfailkan saman tersebut pada 14 September lalu melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi di sini menerusi sistem e-filing di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Menurut penyataan tuntutan yang diperolehi media hari ini, Timbalan Presiden Pas itu mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos lalu dan dua bahan terbitan pada keesokan harinya yang berbaur fitnah. - Bernama

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP