KETAKSUBAN SEHINGGA MEMESONGKAN AGAMA. ASTAGFIRULLAH...

>> 27 October 2011


Malam tadi, seramai 100 orang mahasiswa (sebenarnya hanyalah 50 orang. MalaysiaKini menipu lagi) mengadakan demostrasi senyap dengan membawa lilin di UIA. Demonstrasi ini dinamakan demonstrasi senyap bagi membantah tindakan yang dikenakan terhadap Aziz Bari oleh UIA kerana mencampuri urusan politik.

Mahasiswa bangang ini membawa lilin mengikut budaya ala Kristian. Sememangnya telah pun diketahui dimana Majlis Fatwa Negara telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum seorang Islam yang mengamalkan budaya kafir adalah haram. 


Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam

Tetapi, PAS yang tersangatlah Islamnya di dunia ini menyokong pula tindakan mahasiswa-mahasiswa bangang ini.


Sepatutnya PAS yang konon-kononnya sangat Islam ini mendidik dan menegur mereka. Mungkin mahasiswa ini tidak tahu mengenai fatwa yang dikeluarkan majlis fatwa dan sepatutnya ulama PAS yang arif mengenai agama menegur tindakan mahasiswa ini. Ini sudah menjadi lain pula. PAS menyokong tindakan mereka ini atas nama politik dan "kebebasan bersuara" dan menolak fatwa yang dikeluarkan. 

Mungkin juga PAS sebenarnya tidaklah terlalu menitikberatkan hukum Islam kerana sebelum ini pemimpin mereka juga terlibat di dalam isu yang sama.


Islam bentuk apakah sebenarnya yang diamalkan oleh PAS? Mengapa semuanya dihalalkan atas nama parti politik?

3 comments:

Anonymous,  October 27, 2011 at 3:55 PM  

Masya ALLAH..apa nak jadi dgn mahasiswa sekarang..akidah makin terpesong..Ya ALLAH selamatkan akidah2 mereka ini..sama2lah kita berdoa

Anonymous,  October 27, 2011 at 10:59 PM  

PAS mengamalkan ajaran Isle bukan ajaran Islam

Anonymous,  October 29, 2011 at 8:20 AM  

Ini lah fahaman alaf baru...GAJ = Generasi AL Juburi.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP