MENGAPALAH PEMIMPIN PAS TERLALU JUMUD...

>> 24 October 2011


KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.

“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010.

Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti.

Tambahnya, lebih merbahaya lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China.

Ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak.

Katanya, jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka.

“Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujarnya.

Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya.

“Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?

“Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi.

Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.



Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang pemimpin PAS yang mendapat gelaran ustaz. Ssesungguhnya kita tertanya-tanya mengapakah seorang pemimpin boleh mengeluarkan kenyataan yang begitu bodoh sekali.

Kebodohan pemimpin PAS ini berkemungkinan boleh mengakibatkan krisis diplomatik antarabangsa kerana pemimpin PAS ini menggesa agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara China.

Apa yang menghairankan, dari manakah Idris Ahmad mempelajari sistem diplomatik antara negara yang boleh membuatnya mengeluarkan kenyataan seperti ini?

Amatlah tidak munasabah sama sekali sesebuah negara itu terus memutuskan hubungan diplomatik hanya kerana perbezaan ideologi. Jika begitu, pemikiran Idris Ahmad hanyalah sekadar bertakuk di zaman Soviet Union dan negara bersekutu dimana negara-negara dipisahkan melalui blok hanya kerana perbezaan ideologi.

Idris Ahmad ini bolehlah dikategorikan sebagai kurang siuman dan sebaris dengan Anwar Ibrahim kerana isu yang dibincangkan semasa ini ialah Mat Indera bukannya pejuang kemerdekaan kerana menyokong komunis, bukannya mengapa Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara komunis.

Sangat menghairankan juga kerana berita sampah seperti ini boleh dimuatkan di dalam akhbar Haprakah dan mendapat sambutan di kalangan pengikut khawarij PAS.

1 comments:

Malay Delima October 25, 2011 at 4:56 AM  

salam, minta linkan blog sy di blog anda..sy telah pun linkan blog anda di blog sy..

terima kasih

http://malaydelima.blogspot.com

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP