PAS PENYELAMAT MELAYU ISLAM? PIGIDAH...!

>> 14 October 2011


PAS mencanangkan bahawa mereka sebagai penyelamat umat Islam di Malaysia. PAS juga mengatakan UMNO sendiri tidak mampu untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia.

Ini sebenarnya cara berkempen orang yang terdesak. PAS sudah mula mengeluarkan artikel-artikel murahan seperti ini dengan harapan PAS dapat mengembalikan undi mereka yang sangat menyebelahi BN pada waktu ini.

Perlu diingatkan kepada umat Islam yang membaca artikel PAS ini, PAS sebenarnya akan sentiasa tunduk kepada segala keputusan yang dilakukan kepada DAP

Lihat apa sahaja isu berkaitan agama yang dibawa PAS. Isu hudud, penjualan arak dan lesen pusat hiburan di Kedah. Semua keputusan dibuat oleh DAP. Bagaimana umat Islam harus mempercayai PAS sedangkan PAS sendiri hanya sekadar ejen untuk kafir harbi DAP?

PAS sendiri banyak menemui kegagalan dalam mempertahankan nasib umat Islam. Lihat sahaja di Pulau Pinang. Apakah yang dilakukan PAS sedangkan Lim Guan Eng dan para Gestapo belaannya sedang bergembira memijak umat Islam di negeri itu?

Ini belum lagi masuk bab Kelantan dimana selama 20 tahun memerintah, PAS lebih gemar mendirikan tokong daripada masjid. Jadi, cara yang bagaimana yang dikatakan PAS bahawa mereka ialah penyelamat agama?

Kesimpulannya, PAS langsung tidak layak menggantikan UMNO!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP