PERENTAS MASA. SAINS ATAU MITOS?

>> 28 October 2011

Jika anda pernah menonton "Back to the Future", anda semestinya akan berkata bahawa perentas masa atau manusia yang boleh kembali ke masa depan atau ke masa silam adalah sekadar mitos. Tetapi gambar di bawah ini seolah-olah meyakinkan bahawa perentas masa sememangnya wujud.


Gambar ini dekeluarkan oleh Museum of Missouri. Gambar ini merakamkan peristiwa pembukaan jambatan South Fork yang runtuh semasa banjir yang berlaku pada tahun 1920. Jika diperhatikan secara jelas, terdapat seseorang yang di dalam gambar yang berpakaian melangkaui zaman itu.

Lelaki tersebut memakai baju yang yang dicetak hurufn "M" sedangkan baju yang dicetak hanya wujud selepas tahun 1960 dan pada zaman sebelum itu tulisan pada baju semuanya ditekat atau jahit.Tambahan pula, kaca mata hitam yang dipakai oleh lelaki tersebut amat moden jika hendak dibandingkan dengan kaca mata pada zaman tersebut.

Pada mulanya saya merasakan gambar ini dihasilkan dengan teknik photoshop tetapi terdapat satu artikel yang dikeluarkan oleh Museum of Missouri bahawa gambar ini adalah tulen. Siapakah lelaki ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP