JENICE LEE BERPELAJARAN TINGGI TAPI BODOH MELAMPAU

>> 11 October 2011


Isu Lynas yang sudah tidak laku masih dijaja kesana kemari oleh wakil-wakil DAP untuk meraih hati rakyat . Kenyataan mereka masih sama, Lynas membahayakan dengan sinaran radioaktif dan akan memberikan kesan buruk kepada penduduk setempat.

“Pimpinan kementerian itu asyik tidur sahaja, malah respon mereka terhadap desakan kami hanya dibalas dengan kata-kata kononnya dengan pembukaan kilang Lynas itu ia akan membuka 400 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar,” katanya kepada Roketkini.

Justeru, beliau berkata, dengan ketidakprihatinan terhadap alam sekitar, kerajaan seolah mahu menjadikan Malaysia sebagai tempat longgokan sampah sahaja.

“Apabila kilang tersebut mula beroperasi, ia akan menghasilkan sisa-sisa yang tidak boleh dikitar semula dan kesan radioaktifnya tidak dapat diukur,” katanya.

Lihat kenyataan bodohnya. Sisa-sisa tidak boleh dikitar semula dan kesan radioaktifnya tidak dapat diukur. Penipuan pakatan rakyat mengenai isu Lynas telah pun dibongkarkan sendiri oleh wakil PAS dan wakil PAS itu sendiri dihadapkan ke tindakan tatatertib kerana memberikan kebenaran kepada rakyat sedangkan penipuan kepada rakyat akan dijulang.

Video pertama menunjukkan kajian yang dilakukan oleh kementerian bukan hanya merangkumi pakar-pakar dari Malaysia sahaja tetapi panel bebas antarabangsa dilantik untuk menjalankan siasatan ke atas keselamatan rakyat berhubung dengan projek Lynas.


Video di bawah pula ialah pembongkaran dari wakil PAS yang juga seorang pakar nuklear mengenai isu yang diselewengkan oleh Fuziah Reaktor mengenai fakta keselamatan Lynas. Kantoi la woi!



Jadi kepada wakil-wakil pembangkang, tidak perlulah meneruskan pembohongan anda. Jenice Lee sepatutnya lebih sedar dengan apa yang dikatakannya kerana ianya tidak lebih dari sekadar pembohongan atau pun kebodohannya sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP