BALIK-BALIK PAPAGOMO. BERITA SERKAP JARANG

>> 23 October 2011


Semertinya kita tertanya-tanya mengenai sikap blogger pembangkang yang gemar menyiarkan fitnah sesama manusia. Hari ini, Papagomo pula menerima fintah ke atas perkara yang tidak pernah dilakukannya.

Sebuah blogger pembangkang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Papagomo. Berita fitnah ini sememangnya diketahui sendiri oleh para blogger pro BN bahawa ianya hanyalah sekadar fitnah sahaja.



Tak cukup dengan fitnah atas anak Guan Eng, Papagomo fitnah Guan Eng juga dengan mengatakan bahawa Guan Eng bayar 200 ribu untuk tutup kes, Papagomo juga fitnah arwah Ahmad Sarbani dengan mengatakan pegawai kastam itu bunuh diri sebab ada ambil rasuah, tahniah kepada blogger umno yang sentiasa menghangatkan suasana dengan berita yang akan menambah kebencian rakyat kepada kamu dan umno.
Sememangnya diketahui, Papagomo bukanlah orang yang mula-mula sekali menyebarkan berita 3R (raba, ramas dan rasuah) kerana orang pertama yang memaparkan berita tersebut ialah Dr. MiM. Manakala, MalaysiaKini yang mengakui bahawa Lim Guan Eng yang bertanggung jawab dalam skandal 3R kerana MalaysiaKini yang menemuramah Lim Guan Eng sendiri, bukannya Papagomo. Papagomo di dalam hal ini hanyalah seorang blogger yang membuat liputan sahaja seperti blogger-blogger lain.

Mengenai isu Ahmad Sarbani pula, sememangnya diketahui bahawa Papagomo tidak pernah membuat liputan secara serius. Jadi, bagaimana pula blogger pro pembangkang ini mempunyai maklumat mengatakan Papagomo memfitnah Ahmad Sarbaini?

Sungguh kejam cara pembangkang menabur fitnah kepada orang lain. Pembangkang sedar di dalam keadaan mereka yang terdesak, mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan lawannya walaupun dengan cara fitnah.

Sebenarnya, budaya fitnah telah pun menjadi darah daging pembangkang kerana lidah-lidah akhbar mereka sendiri juga sentiasa menyatakan berita fitnah dan setelah dibuktikan mengenai perbuatan fitnah mereka, mereka ini tidak pula mahu meminta maaf sebaliknya terus menyebarkan fitnah tersebut.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP