BN SELANGOR, GET READY
>> 05 October 2011
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijadual melakukan tinjauan mesra sehari di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor Sabtu ini.
Penduduk tempatan dari kawasan DUN Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia berpeluang mendekati Perdana Menteri dalam program bertemakan 'Nurani Rakyat Sayangi Selangor, Yakini BN anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor.
"Program ini adalah siri pertama program jelajah Perdana Menteri di Selangor untuk bertemu, mendengar masalah dan membantu rakyat.
"Kita jangkakan seramai 40,000 orang akan turut serta dalam program ini nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat mengenai tinjauan mesra itu di sini, hari ini.
Najib dijadual memulakan tinjauan mesranya di lapang Ladang Tuan Mee di Ijok, Kuala Selangor sebelum ke Bandar Tasik Puteri di Kuang dan seterusnya ke Pekan Rawang.
Perdana Menteri kemudian akan menemui penduduk di Taman Sri Gombak. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment