NAJIB YANG TIDAK FAHAM ATAU PAS YANG BEBAL?

>> 09 October 2011


Petikan Haprakah

Tiga asas negara berkebajikan:

"Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.

"Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.

"Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan," katanya.


Pemimpin PAS ni jika dinasihatkan secara baik, mereka tidak mahu dengar. Pemimpin UMNO sudah mengulangi perkara ini beratus kali pun masih tidak faham-faham.

Saya tidak mahu menyentuh banyak. Saya cuma tertarik satu sahaja iaitu kenyataan yang perdana menteri seharusnya beriman. Saya cuma terfikir, malaikat mana yang memberikan wahyu kepada Hadi Awang mengatakan PM sekarang ini tidak beriman? Jika begitu, Anwar Ibrahim calon PM pakatan rakyat sangat berimankah? Bersumpah muhabalah pun tak mampu, ini contoh PM yang beriman?

Selain itu, dikhabarkan calon PM selain Anwar Ibrahim ialah Hadi Awang. Yang ini saya mampu gambarkan sebagai manusia yang keimanannya terlebih dari orang lain. Kerana itulah Hadi Awang mempunyai mukjizat untuk mengkafirkan orang lain. Al-maklumlah, tiket ke syurga dipegang oleh Nik Aziz.

Saya tidak akan mengeluarkan kenyataan sebegini seandainya Hadi Awang tidak mengeluarkan kenyataan untuk mengukur tahap keimanan seseorang. Siapa Hadi Awang untuk menentukan seseorang itu beriman atau tidak?! Lagak Hadi Awang ini seperti  seorang yang mempunyai mukjizat sedangkan dia hanyalah manusia biasa seperti orang lain. Oleh itu, cerminlah diri sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP