CHEGU BARD MASIH MEROYAN LAGI?

>> 05 October 2011

Chegu Bard masih meroyan pasal pemilihan PKR pada 2010. Selepas ditendang dengan selambanya oleh Sam Ketot untuk merebut jawatan ketua AMK, Chegu Bard tak sudah-sudah mempertikaikan cara pemilihan dan siasatan yang dilakukan.

Aduan pertama mengenai penyelewengan pemilihan PKR 2010 sekitar Oktober. Manakala secara rasminya saya telah panjangkan surat saya yang lain pula tapi masih dalam isu penyelewengan pemilihan bertarikh 18 November secara sendirinya kepada Presiden Parti pada hari yang sama
Malah dalam satu kenyataan yang tersiar dalam media antara pimpinan tertinggi pula dengan selamba mengatakan pada ketika itu semua dah selesai dan che'GuBard sudah dijawab
Selepas dari itu saya telah hantar berpuluh email, surat, sms dan posting menuntut jawapan juga dihantar dalam blog, twitter dan akaun facebook saya, namun semuanya diam.
Apa yang ingin dikatakan disini, masihkah Chegu Bard tidak sedar bahawa dia tidak disukai oleh orang PKR sendiri? Masihkah perlu Chegu Bard meminta penjelasan? Penjelasan yang diberikan oleh pihak pimpinan PKR kepada Chegu Bard hanyalah sekadar alasan penyedap hati. Jawapan yang sebenar ialah "anda tidak diperlukan" dalam bahasa lembut dan "berambus la lu" dalam bahasa kasar.

Sam Ketot merayakan kemenangannya semasa pemilihan PKR yang lalu dengan segak berpakaian Batman.

Jika tidak, masakan pucuk pimpinan PKR hanya berdiam diri mengenai penyelewengan pemilihan parti? Pucuk pimpinan PKR sendiri telah diketahui ramai dilantik di kalangan "Yes man" Anwar Ibrahim. Ini secara tidak langsung untuk menyatakan Chegu Bard sendiri tidak disukai Anwar Ibrahim.

Maka, sekiranya Chegu Bard sedar, sudah sampai masanya untuk membuat pilihan. Keluar secara aman atau pun ditendang keluar tanpa rasa hormat oleh PKR seperti mana yang pernah dilakukan ke atas Zulkifli Nordin.

Tetapi nampak gayanya Chegu Bard lebih sudi ditendang keluar. Sama-samalah kita melihat wayang politik PKR terhadap ahli sendiri.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP