PKR GAGAL MENUTUP KELEMAHAN. KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG?

>> 10 October 2011


PKR cuba menutup agenda ahli mereka sendiri yang mahu menggulingkan Khalid Ibrahim dari jawatan MB Selangor.

Jika hendak difikirkan secara logik, ada benarnya cerita ini. Semuanya bermula dengan kegagalan Khalid Ibrahim yang gagal untuk menjaga hati ahli di kawasan sendiri.

Pada tahun 2009, PKR Ijok telah pun membubarkan parti kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap Khalid Ibrahim. Semalam pula, mesyuarat agung PKR Kuala Selangor yang juga kawasan parlimen bagi kawasan dun Ijok menjadi tegang dengan insiden pergaduhan sesama ahli.

Sudah berlaku dua insiden besar di kawasan Khalid Ibrahim. Bukti ini cukup untuk menyatakan Khalid Ibrahim sendiri gagal mendapat restu sebagai pemimpin dari ahli-ahli PKR kawasan sendiri.

Bagaimana mungkin bangkai gajah boleh ditutup oleh PKR pusat? Cerita ini telah pun hangat. Khalid Ibrahim sudah boleh mula menghitung masa menjadi MB Selangor sebelum digulingkan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP