KHABAR ANGIN SEMAKIN KENCANG

>> 03 October 2011


Di waktu ini, terdapat khabar angin kencang yang mengatakan bahawa DAP akan menyertai Barisan Nasional pada masa yang terdekat. Kenyataan ini saya dengari sendiri daripada ahli DAP Seremban. Ada antara ahli DAP yang menyatakan sokongan terhadap khabar angin ini manakala ada pula yang membantah.

Khabar angin ini semakin kencang apabila terdapat desas-desus bahawa Lim Guan Eng sendiri yang akan membawa parti DAP menyertai Barisan Nasional.

Saya tidak terkejut sekiranya khabar angin ini dibawa oleh ahli-ahli PKR atau PAS tetapi khabar angin ini dibawa oleh ahli DAP sendiri. Semuanya bermula dengan protes DAP terhadap hukum hudud yang disuarakan oleh PAS.

Di waktu ini, lebih ramai ahli DAP yang melahirkan pendirian untuk protes daripada yang menyokong. Ada juga khabar angin ahli DAP yang menyatakan bahawa DAP akan menyertai Barisan Nasional sekiranya MCA keluar dari Barisan Nasional.

Khabar angin ini mungkin benar atau pun tidak. Tetapi selagi khabar angin ini masih tidak membuktikan apa-apa, maka ianya sememangnya khabar angin sahaja.

Siapalah yang membawa khabar angin ini agaknya?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP