BLOGGER PAKATAN MENEMPAH TIKET KE NERAKA!

>> 14 October 2011

Surah At-Taubah ayat 47,


Maksud: Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu, sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

 
Sebuah blog Pakatan Rakyat telah dikantoikan dengan penipuan yang maha dahsyat sekali. Penipuan ini mengenai gambar Najib yang didakwa menyembah salib di hadapan pope.


Penipuan ini telah pun dibongkarkan semata-mata penipuan yang maha dahsyat oleh Dr. MiM. Gambar ini hanyalah gambar yang disunting oleh blog pakatan itu sendiri demi meraih kuasa dengan cara melakukan fitnah ke atas PM kita, Datuk Seri Najib.


Sila baca mengenai pembongkaran penipuan ini oleh Dr. MiM di sini.

Saya teramatlah sedih mengenai penipuan yang dilakukan oleh web Suara Pakatan Rakyat ini. Apakah blogger ini sudah terlalu mabukkan kuasa politik sehinggakan sanggup memfitnah orang lain dengan sedemikian rupa?

Apakah lupa blogger ini mengenai dosa fitnah? Dikhabarkan juga pemunya blog itu ialah seorang Islam. Islam jenis apakah yang dianuti oleh blogger tersebut sehinggakan sanggup memfitnah? Siapakah yang menghalalkan fitnah yang dilakukan oleh blogger tersebut?

Sesungguhnya hancurkanlah mereka yang gemar melakukan fitnah ke atas orang lain. Selagi blogger tersebut masih tidak mahu meminta maaf kepada PM, selagi itulah blogger tersebut akan menanggung dosa yang sangat besar.

1 comments:

Anonymous,  October 14, 2011 at 4:15 AM  

Sdra,

Inilah akibatnya jika agama tidak lagi menjadi pedoman. Mereka menghalalkan semua demi politik dan kuasa. NazuBILLAH. Kalau betullah yg buat ni org Islam, cepat2lah buat taubat nazuha.

Kalau org Islam yg buat, nafsunya bertahtakan syaitan. Jiwa dan rohnya dipenuhi bangkai busuk yg teramat sangat.

Kalau org bukan Islam, memang kerjanya. Zaman Nabi dulu, kaum dan kerabatnya dah boleh diperangi.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP