WARGA AUSTRALIA UPAHAN MALAYSIAKINI YANG KURANG AJAR MENGHINA FILEM NEGARA

>> 09 August 2012


Wartawan upahan Malaysiakini dari Australia dilihat semakin lama semakin tidak beradab dengan menghina perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jika dahulu Dean Johns dilihat banyak menghina dan mengkeji pentadbiran Malaysia, kini filem sejarah mengenai peristiwa 13 Mei pula menjadi sasaran.

Gelaran Tandas Putera amat kurang ajar. Mungkin inilah bahasa kebangsaan yang mampu diajar wartawan Malaysiakini kepada seorang warga asing yang tidak mampu berbahasa kebangsaan dengan baik.

Dalam pada itu, siapa Dean Johns yang mahu mempertikaikan filem tersebut? Filem tersebut berkisar mengenai sejarah negara. Secara tidak langsung mempertikaikan filem tersebut sama seperti mempertikaikan sejarah negara. Apakah Dean Johns diwaktu itu tahu apa yang berlaku? Siapakah Dean Johns untuk mempertikaikan sejarah Malaysia sedangkan dirinya pun baru beberapa tahun tinggal di Malaysia?

Mengapa apabila berbicara mengenai filem Tanda Putera ianya dilabel sebagai perkauman dan taktik UMNO? Dalam masa yang sama mengapa hanya sebelah pihak yang berkokok? Adakah filem tersebut menayangkan fitnah?

Sila nyatakan disini siapakah pemimpin Pakatan atau mana-mana wakil media pembangkang pernah menyaksikan filem tersebut? Jawapannya tiada seorang pun pernah. Jika tidak pernah, mengapa perlu mereka melabel? Apakah apabila mendengar perkataan 13 Mei sahaja sudah cukup untuk mereka melabel filem tersebut tidak bagus?

Sekiranya filem tersebut menayangkan fitnah, kenapa perlu takut untuk keluarkan saman? Mengapa perlu berkokok tak tentu hala? Dalam masa yang sama ke mana perginya kebebasan media yang diperjuangkan pembangkang? Adakah filem Tanda Putera diklasifikasikan sebagai special case sehinggakan tiada kebebasan media untuk filem tersebut ditayangkan? Adakah media mengikut tekak pembangkang baru dikatakan kebebasan sedangkan pada BN semuanya dihalang, dikritik dan diharamkan?

Mampukah Dean Johns yang diakui kepakarannya dalam membelit fakta menjawab persoalan ini?

2 comments:

Anonymous,  August 9, 2012 at 2:04 PM  

Karya yg menghasil kan filem Tanda Putera. adalah lebih jujur dan benar dari carutan, hinaan, makian dan cercaan dalam sebuah karya yang bertajuk Shit.

Anonymous,  August 9, 2012 at 2:38 PM  

gila asal kita buat filem dia panggil macam2 asal amerika buat filem bardasarkan fakta lah perkara sebenarlah ....

hipokrit nak mampus mat salleh ni

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP