MASJID TOK GURU: KEGAGALAN KERAJAAN PAS?

>> 05 October 2011


PAS sedang membina sebuah masjid yang diberikan nama Masjid Tok Guru sempena ketaksuban puak khawarij terhadap Nik Aziz yang mempunyai mukjizat menentukan seseorang masuk syurga atau pun tidak. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 2008 di Tanah Merah, Kelantan.

Gambar di atas ialah gambaran terbaru proses pembinaan masjid yang memasuki tahun ke 4. Rupa masjid ini benar-benar seperti bangunan terbengkalai. Amat menyedihkan apabila pembinaan masjid di serambi Mekah tidak mendapat sambutan sebaliknya kerajaan PAS lebih gemar membina Tokong Buddha. Kerajaan PAS Kelantan atau pun kerajaan "paling Islam" di dunia ini masih memegang rekod sebagai kerajaan yang gagal untuk membina sebuah masjid pun.

Di waktu ini juga, jumlah kutipan untuk derma masjid masih lagi berkurangan sebanyak RM 500 ribu. Selama 4 tahun mengutip derma, logikkah pihak pengurusan masjid hanya berjaya mengutip derma tidak sampai RM 100 ribu? Ini persoalan yang paling besar perlu dijawab oleh pihak pengurusan masjid. Ini kerana, maklumat di laman web PAS menyatakan jumlah kutipan terkumpul hanyalah RM 89 ribu.

Saya juga ingin bertanya. Dimanakah para YB PAS yang mengutuk Barisan Nasional kafir dalam isu ini? Bukankah mereka sangat Islam? Mengapa mereka hanya membiarkan sahaja perkara ini? Di mana Mat Sabu hero pujaan khawarij dalam isu ini? Mengapa dalam isu masjid ini tiada satu pun wakil PAS memberikan kenyataan sebaliknya dalam isu pembinaan tokong Buddha  mereka berebut-rebut memberikan kenyataan?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP