HASTA LA VISTA GUAN ENG!

>> 24 October 2011


Serdang, 22 Okt- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sudah menjadi kecenderungan parti pembangkang untuk meletakkan semua kesalahan ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Beliau merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang menyalahkan penulis blog pro-UMNO yang mendakwa anak lelakinya itu mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita berusia 16 tahun dan cuba melepaskan diri dari hukuman.
“Jangan salahkan sesiapa. Bagaimanapun, ia menjadi kecenderungan pembangkang dan Pakatan. Apabila mereka ada masalah sendiri, mereka mula menyalahkan UMNO.
“Bagaimanapun sekiranya ada kesalahan, kita perlu mencari apa punca utama,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin BN Selangor di sini hari ini.
Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Kenyataan di atas dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada semalam. Sila lihat kembali kenyataan ini dengan baik.
Muhyiddin juga meminta Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Lalu, Guan Eng yang tersepit pula lantas mengeluarkan kenyataan lidah biawaknya yang sememangnya menjadi amalan keluarganya sejak zaman berzaman.
I am appalled and disgusted by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s remarks that my mere denial of sexual harassment claims against my 16-year old son was inadequate. Instead, Muhyiddin says that “if the Penang chief minister thinks it is important to correct the information, then he has to come up with a strong statement.”
Di waktu ini, Lim Guan Eng memusing kenyataan Muhyiddin Yassin untuk dijadikan modal mempertahankan diri. Tetapi sayangnya, modal ini makan tuan kerana tidak sampai selama satu jam Guan Eng mengeluarkan kenyataan ini, ianya telah pun dikantoikan oleh blogger pro kerajaan.


Sehingga kini, Lim Guan Eng masih tidak mahu mengambil tindakan yang sepatutnya dengan membuat laporan terhadap polis. Tambah menghairankan, sekiranya berita ini fitnah, Lim Guan Eng sepatutnya bersyukur kerana diberikan satu peluru untuk menembak UMNO kembali.


Tetapi, Lim Guan Eng pula memlilih jalan untuk merayu-rayu supaya anaknya dilepaskan. Maka, cerita yang lebih jelasnya, Lim Guan Eng sememangnya terlibat di dalam isu ini kerana memilih jalan yang akan dilakukan oleh seorang pesalah.


Telah banyak bukti yang dikeluarkan oleh blogger pro kerajaan tetapi sehingga ke hari ini, media penjilat Lim Guan Eng iaitu MalaysiaKini hanya mampu membuktikan satu sahaja iaitu gambar Anya Corke bukanlah gambar sebenar mangsa yang diraba dan blogger pro kerajaan juga bersetuju dengan perkara ini. Manakala segala dakwaan blogger pro kerajaan masih gagal ditangkis oleh CM lidah biawak ini.


Sangat menghairankan kerana Lim Guan Eng sentiasa menunggu masa untuk menyaman UMNO dalam sesuatu isu tetapi sehingga ke hari ini, mengapa tiada langsung perkataan saman yang terkeluar dari mulut Lim Guan Eng. Hmm...



0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP