PAS MENGHALANG SISTEM DEMOKRASI DI DALAM PARTI SENDIRI

>> 13 October 2011


Sudah menjadi sistem yang digunapakai PAS sejak dahulu lagi, tiada ahli yang dibenarkan menyuarakan pendapat bertentangan dengan pandangan pemimpin-pemimpin mereka.

Terbaru, PAS memanggil Pang Chow untuk memberikan penjelasan ke atas kenyataannya yang bertentangan dengan Nik Aziz berkenaan dengan hukum hudud. Sebenarnya, tiada perkara besar pun yang mahu dibincangkan tetapi sudah menjadi lumrah PAS, perkara kecil seperti ini diperbesar-besarkan untuk mendapat publisiti murahan.

Berbalik kepada isu asal, sememangnya dari dahulu lagi, sekiranya ada ahli PAS yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan pendapat pemimpin tertinggi mereka, mereka akan dikenakan tindakan. Contohnya ialah seperti Dr. Hasan Ali yang dihadapkan ke majlis tatatertib kerana melakukan pemeriksaan gereja DUMC dan Dr. Che Rosli yang mengeluarkan fakta sebenar mengenai pembohongan PAS berkenaan penipuan isu Lynas.

Jadi dapat dilihat oleh rakyat sekalian bahawa anutan khawarij sudah berkembang mekar di dalam sanubari pemimpin-pemimpin PAS di mana mereka tidak dapat menerima teguran dan pendapat dari orang bawahan. Sehinggakan kini, kedua-dua bahagian parti iaitu pro erdogan dan pro ulama gagal mencapai kata sepakat dalam banyak isu.

Inilah antara bukti kehancuran PAS di masa terdekat ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP