FAMA N. SEMBILAN JANGAN JADI GUNTING DALAM LIPATAN KERAJAAN!

>> 07 October 2011


Di waktu ini kecoh mengenai ratusan para peniaga di sekitar Ampangan yang mungkin akan kehilangan pendapatan akibat ketidakbijaksanaan Fama dalam mentadbir kawasan perniagaaan bagi para peniaga Melayu.

Baru-baru ini diadakan mesyuarat di antara pihak Gerak Bumi Negeri Sembilan, Fama Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Seremban. Mesyuarat itu mengenai pemindahan tapak pasar tani kekal yang berada di Paroi. Kawasan itu akan dipindahkan kerana tapak tersebut akan dibangunkan kerajaan.

Cadangan dari pihak Fama ialah pasar tani kekal akan dipindahkan dari Paroi ke Ampangan. Waktu perniagaan adalah pada setiap pagi Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tapak di Ampangan itu ditadbir oleh pihak Gerak Bumi.

Pihak Gerak Bumi membantah sekeras-kerasnya perkara itu kerana di hari Selasa dan Jumaat, tapak itu akan diadakan pasar malam. Tambahan pula tapak itu berdekatan dengan pasar Ampangan. Ini akan membunuh perniagaan para peniaga di pasar Ampangan dan pasar malam yang berjumlah ratusan orang.

Tambahan lagi, di waktu Sabtu dan Ahad sahajalah para peniaga di pasar Ampangan boleh mendapat sedikit keuntungan kerana hari cuti. Di waktu lain, para peniaga sering mengeluh kerana ketiadaan pelanggan.

Hasil mesyuarat yang pertama, Fama bersetuju untuk tidak akan mengambil tapak pasar malam ditadbir oleh Gerak Bumi. Tetapi pada mesyuarat yang kedua, pihak Gerak Bumi tidak dijemput dan keputusannya pasar tani akan tetap diadakan di tapak Ampangan. Ini sangat tidak adil!

Jumlah para peniaga pasar tani Paroi yang akan dipindahkan ialah seramai 43 orang. Akibat hendak menyelamatkan periuk nasi 43 orang ini, Fama membunuh ratusan para peniaga pasar malam dan pasar Ampangan.


Sebahagian dari 43 peniaga pasar tani Paroi yang akan dipindahkan.

Dikhabarkan pada minggu hadapan Menteri Besar akan merasmikan pembukaan pasar tani ini. Sekiranya Fama masih berdegil, dikhabarkan para peniaga pasar malam dan pasar Ampangan akan mengadakan bantahan semasa perasmian tersebut.

Inilah contoh api dalam sekam kerajaan. Dalam diam, Fama cuba membunuh ratusan para peniaga kecil Melayu di Seremban.

2 comments:

jibon October 8, 2011 at 7:04 AM  

baru tau dan sedar ke.......( fama).tu pasallah melayu sampai hari ini tak maju maju.tak ke pelik asyik dok meniaga bawah payung aja.yg lagi pelik pegawai pegawai atasan fama pun dah tukar jawatan...yg sepatutnya menterjemahkan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan sosioekomomi melayu kampung kepada tugas baru mereka sebagai event manager untuk sambut menteri menteri bg karnival karnival fama atau tukang ampu dan bodek untuk terus kekal atau dinaikkan lagi pangkat.kerja mereka sekarang jaga pm atau tpm....atau menteri menteri....mereka tak peduli pun macam mana melayu ini boleh dibantu lagi.macam mana nak atasi lambakan penawaran barang barang..mereka tak nak amanah memeriksa produk produk yg mereka pasarkan itu benar bnar melayu punya atau sicibai dan paria kerana tangan mereka berlapik dengan duit bila membuat tempahan.pegawai pegawai fama juga dengan mudah membodoh dan membangangkan pegawai pegawai atasan mereka bg pengesahan pemilik syarikat empunyanya melayu atau pendatang asing kerana bos bos mereka ini dok sibuk bodek dan menjadi pak angguk-angguk kepada ahli ahli politik....pada mereka kalau orang politik ,bos mereka makan duit maknanya dosa mereka pun ringan sebab nanti bila diakhirat nanti,dosa mereka boleh kautim sebab orang politik pun ada untuk tolong membuat pengampunan...sedarlah wahai tuan tuan melayu yg bekerja dengan fama...ubahlah diri dan sikap,tambahkanlah sikit semangat melayu dalam jiwa anda....jangan jadi pukimak kerana duit anda sanggup menelan kemewahan dan nafsu lendir serta' membiarkan air mata melayu terus mengalir kerana terpaksa bersaing dengan paria dan cibai kerana angkara tuan tuan semua

Tauke Ikan October 8, 2011 at 8:06 AM  

jibon, ini baru bunga-bunga cerita pasal fama. nanti akan ada lagi sambungan cerita panas pasal fama ni. tapi cerita klimaks dia kena buat lepas pilihanraya sebab kalau buat sekarang silap-silap ramai yang akan sumbat gol sendiri.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP