UNIT SIBER PEMBANGKANG MAKIN MELAMPAU

>> 17 December 2011


Unit Siber pembangkang dilihat semakin lama semakin melampau. Ini berdasarkan kepada laporan-laporan yang tidak benar dan telus. Usul kempen mereka tiada bukti kukuh dan segala serangan mereka hanya menjurus kepada kejatuhan mereka sendiri.


Contohnya ialah isu Anwar ke Makkah pada beberapa bulan lepas. Sudah terang gambar ini ditampal dan yang menghairankan apakah mereka sendiri tidak dapat melihat bahawa gambar ini palsu? Bukti direka-reka dan tidak langsung dapat dipercayai.

Apa yang menggusarkan disini, dikhabarkan Unit Siber pembangkang juga sedang giat menggodam laman-laman web kerajaan. Malah facebook PM sendiri telah digodam. Nampaknya etika berkempen dalam Pakatan sudah tidak ada lagi. Setelah mereka dicantas ratusan kali oleh pejuang Siber UMNO, mereka menggunakan taktik kotor untuk berkempen.

Terdapat blog-blog pro kerajaan yang telah menerima akibat ini. Antaranya Badut Rakyat, The Unspinners dan Gelombang Wangsa Maju dan banyak lagi. Ada diantara blog-blog ini yang telah berjaya dipulihkan manakala ada yang masih belum.

Dikhabarkan juga blog ini akan digodam. Sumber maklumat yang didapati oleh saya mengatakan ada penggodam dari Kuala Lumpur bernombor IP ... cuba menggodam untuk menghuru-harakan blog ini. Benar atau tidak saya sendiri tidak pasti kerana perkara ini diluar kemampuan saya. Sekiranya benar, maka saya hanya mampu berdoa semoga Allah mengampun dosa mereka dan sekiranya salah, saya memohon kemaafan kerana salah sangka terhadap orang lain.

1 comments:

Anonymous,  December 17, 2011 at 8:19 PM  

jerangkung2 pegodam pembangkang ni dah kehabisan idea...kepala otak dorang dah simpan d'LU'tak simpan di'O'dahh..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP