MENYAMPAH! BELUM APA-APA BARISAN PEMBELA MINTA TANGGUH KES LAGI

>> 12 December 2011


KUALA LUMPUR 12 Dis. – Mahkamah Tinggi di sini diminta menangguhkan keputusan dalam kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dipanggil sebagai saksi bagi menjawab dakwaan tentang hubungan mereka berdua.

Peguam utama, Karpal Singh berkata, ia perlu dilakukan di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah bagi memastikan keputusan yang adil dalam kes tersebut.

Selain itu, beliau menghujahkan, saksi pembelaan, Dr. Thomas Hoogland dalam keterangannya menyatakan bahawa adalah sangat mustahil untuk Anwar melakukan aksi seks seperti yang didakwa oleh Mohd. Saiful Bukhari ekoran masalah tulang belakang Anwar yang boleh menyebabkan kesakitan.

Beliau berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pembelaan dalam kes liwat yang dihadapi ketua pembangkang itu di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah. - Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP