LIM BOO CHANG BEKAS KETUA CABANG PKR SERTAI GERAKAN

>> 15 December 2011


GEORGETOWN 15 Dis. - Selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam, bekas ketua cabang Bukit Gelugor parti itu, Lim Boo Chang, hari ini menyerahkan borang bagi menyertai parti Gerakan.

Dua rakan beliau, bekas ahli PKR Pulau Pinang Abdul Wahab Kader Maidin dan Ameer Kamsiah turut menghantar borang bagi menyertai Gerakan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghantar borang itu di Ibu Pejabat Gerakan di sini hari ini, Lim berkata, beliau memilih Gerakan untuk membantu parti itu memperkukuhkan kembali kedudukannya di Pulau Pinang memandangkan parti itu kalah semua kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya umum lepas.

"Gerakan sebuah parti berbilang kaum yang ideologi dan prinsipnya boleh diterima oleh semua orang,” katanya.

Lim semalam juga mengumumkan beliau melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik menerusi PKR. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP