BELUM PUN PRU, CANTAS-MENCANTAS SUDAH BERLAKU

>> 01 December 2011


Di waktu ini persediaan rapi telah pun dimulakan oleh setiap parti dalam menghadapi PRU akan datang. Perhimpunan Agung UMNO ini berkemungkinan yang terakhir sebelum menghadapi PRU umum yang ke 13. Apa yang menyedihkan, di waktu ini juga cantas-mencantas di dalam parti telah berlaku. Semuanya sekadar mahu menjadi calon untuk mendapat kuasa.

Tidak kurang dari itu, alam maya juga menerima serpihan yang sama. Ada dikalangan kami yang sudah mula disisihkan parti kerana keengganan menerima dan mematuhi di atas nama kemenangan parti. Situasi ini sebenarnya telah pun lama berlaku. Jika kami menghentam parti sendiri, inilah yang dinamakan kasih sayang. Kami tidak mahu parti kami rebah menghempap bumi hanya kerana hanya pandai mematuhi. Yang salah tetap salah! Bak kata Winston Churchill, "jika 2 orang bersetuju dengan satu kata sepakat, itu bermakna hanya seorang yang berfikir".

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang saya merepek ini. Jika anda hendak tahu sila klik di Din Turtle.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP