PENYOKONG PAKATAN MENGGESA RAMASAMY DIPECAT

>> 14 December 2011


Seperti dijangka, Pakatan mula menampakkan retak berterusan. Kali ini, terdapat blogger-blogger PKR yang mendesak agar Prof Ramasamy dipecat atas kenyataan yang dikeluarkan terhadap Karpal Singh pada beberapa hari lalu.

Apa yang menghairankan disini, sistem campurtangan dalam permasalahan dalam barisan parti Pakatan Rakyat mula dipersoal. Sesiapa berhak campurtangan di dalam keputusan parti lain. Dalam kes ini, penyokong PKR yang berkokok sedangkan ianya masalah dalaman DAP.

Agak sukar difahami sistem yang digunapakai oleh Pakatan dalam mentadbir dan menguruskan permasalah dalaman. Sebelum ini pun berlaku dimana campurtangan PKR dan DAP dalam setiap keputusan dalaman PAS. Sistem kelam-kabut ini mungkin sesuai dinamakan sistem "rojak" kerana semua pun boleh dicampur dan dibalun. 

Buat masa ini, penyokong kerajaan perlu bersabar dan sentiasa melihat sandiwara DAP dalam mempertahankan Karpal. Sebelum ini pun DAP mempunyai pelbagai masalah dalaman seperti pemecatan 4 ahli DAP kerana mengkritik pemimpin parti. Malah, Lim Guan Eng sendiri tidak dikenakan tindakan disiplin kerana menghina Negeri Johor sedangkan Manoharan pula dikenakan hukuman gantung. 

Kuncinya, jika anda mengikut telunjuk pemimpin DAP, anda akan selamat walaupun anda melakukan kesalahan tetapi sekiranya anda enggan mengikut perintah ketua, anda dalam bahay walaupun anda seorang yang bagus. Inilah sistem yang digunapakai DAP. Telah terbukti lagi sahih. Tak percaya tanya Teresa Kok.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP