ALANGKAH TERMALUNYA MAHFUZ...

>> 31 December 2011


Mahfuz termakan diri sendiri lagi. Terbaru berkenaan kenyataannya di Haprakah yang menggesa umat Islam bangkit kerana dakwaan pecah amanah berhubung wang zakat oleh Jamil Khir. Apa yang agak kelakar, baru sebentar tadi Jamil Khir mengeluarkan kenyataan mengenai aliran wang zakat. Dapat dilihat di sini betapa lembabnya seorang pemimpin PAS kerana kenyataan menghentam Jamil Khir ini dikeluarkan selepas Jamil Khir memberikan penjelasan terperinci mengenai aliran wang zakat.

Tambah memalukan, Mahfuz mengeluarkan lagi fatwa mengenai hukum menyeleweng wang zakat dan akhirnya terbukti bahawa segala tuduhan itu hanyalah satu fitnah dari Anwar Ibrahim. Dengan itu bolehlah dikatakan Mahfuz seorang penjilat tegar Anwar dengan mengiyakan sahaja kenyataan Anwar tanpa usul periksa.

Selepas ini, dimanakah Mahfuz akan menyorokkan mukanya yang terkantoi? Tambahan pula, sanggupkah Mahfuz dan Anwar meminta maaf kepada Jamil Khir kerana fitnah ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP