CERITA BELIT HARAKAH VERSI PAGI

>> 22 December 2011


Haprakah menyatakan bahawa kempen politik Indonesia 21 hari dan Malaysia pula masih terkial-kial mencari tempoh kempen untuk PRU akan datang. Agak bodoh juga kenyataan Harakah ini kerana tempoh kempen parti di Malaysia bergantung kepada banyak aspek, bukannya sekadar hentam kromo seperti Indonesia.

Untuk makluman, setiap kali Pemilu (pilihanraya) di Indonesia, banyak kontroversi berlaku. Antara yang paling hebat ialah sistem kemudahan yang tidak mencukupi dan peratusan rakyat mengundi yang rendah. Jadi jika diukur kepada tempoh 21 hari itu, tahap ketelusan dalam sistem pengundian amat rendah. Contoh terbaik ialah pemilu 1997. Pengundi berdaftar sebanyak 125 juta orang. Jumlah yang mengundi 113 juta orang. Mana perginya lagi 12 juta orang?! (klik

Lagipun parti politik yang berdaftar untuk pemilu berjumlah 44 dan jumlah itu 4 kali lebih banyak dari jumlah parti politik di Malaysia. (klik) Jadi sistem 21 hari yang digunapakai Indonesia itu amat perlu untuk memastikan ketelusan dan kecekapan kerajaan menguruskan pilihanraya Indonesia.

Di Malaysia, sistem pilihanraya kita lebih sempurna dari Indonesia. Jadi, mengapa tidak kita meneruskan sistem yang sedia ada? Tambahan pula, bukankah Pakatan Rakyat yang terhegeh-hegeh pergi sana sini untuk berceramah politik? Jadi kenapa perlu risau jika tempoh kempen terlalu singkat? 

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP