PAKATAN BORNEO BERSATU: SATU LAGI SAINGAN BN

>> 17 December 2011



KOTA KINABALU 16 Dis. - Datuk Dr. Jeffrey Kitingan hari ini mengumumkan pembentukan perikatan dengan Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu (UBF) yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Bekas naib presiden PKR itu membuat pengumuman berkenaan di sini dengan kehadiran Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpangkalan di Sarawak, Dr. Dripin Anak Sakoi yang memegang jawatan itu selepas bekas presiden, Dr. Patau Rubis memegang jawatan pengerusi tetap parti.

Turut hadir presiden sementara parti USNO yang baru dipulihkan Datuk Badaruddin Tun Datu Mustapha dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Amde Sidik.

"Sabah dan Sarawak mempunyai kepentingan bersama. Kami rasa terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah perikatan sebagai platform untuk meneruskan agenda Borneo.

"Kami (Sabah dan Sarawak) boleh menjadi rakan sepasukan dalam melindungi dan memelihara kepentingan dan hak rakyat di kedua-dua negeri,” katanya yahng juga presiden UBF kepada pemberita selepas membuat pengumuman itu pada sambutan ulang tahun pertama UBF. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP