KRISIS PAS: PAS TULEN VS PRO DAP

>> 20 December 2011


Nampaknya tembelang politik PAS sudah tidak mampu ditutup lagi. Pemimpin-pemimpin PAS pro DAP sudah tidak tahan dengan kelakuan Hasan Ali yang sentiasa bergerak menentang arus perjuangan Pakatan Rakyat dalam banyak isu. Antaranya isu penjualan arak di Selangor, isu murtad DUMC dan Himpunan Sejuta Umat.

Dalam pada itu, Hasan Ali menyelar tindakan Mustapa Ali yang dilihat begitu hebat mengkritiknya dengan mengatakan bahawa "Hasan Ali terperangkap jerat UMNO" di Harakah. Apa yang dilihat disini, Mustapa Ali mewakili suara pro DAP di dalam PAS yang sentiasa akan tu tunduk dan patuh kepada segala arahan parti kafir harbi itu manakala Hasan Ali lebih berteraskan kepada perjuangan Islam yang mula-mula didokong PAS.

Kritikan demi kritikan diterima kedua-dua belah pihak dan diwaktu ini ternyata Hasan Ali menerima lebih banyak sokongan luar berbanding dari parti sendiri. Maka sudah semestinya kita akan terus melihat sejauh manakah penghinaan yang akan diberikan oleh Pakatan Rakyat kepada seorang pejuang Islam sebenar dan mampukah mereka memenuhi agenda mereka bersama Hasan Ali dimasa hadapan.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP