AZIZ BARI MEMANG BODOH MENAWARKAN DIRI BERTANDING PRU

>> 30 December 2011


Sememangnya Aziz Bari terbukti kebodohannya dengan menawarkan diri bertanding untuk Pakatan Rakyat. Ini kerana pertamanya belum ada jaminan Aziz Bari akan menang di kawasan yang ditandinginya. Di masa ini satu-satunya parti yang dapat menerima Aziz Bari ialah PAS. Apa yang pasti, PAS akan meneruskan kebodohan Aziz Bari kerana pencalonan Aziz Bari akan menyaksikan satu kerusi bonus untuk Barisan Nasional.

Keduanya, telah terdapat suara-suara dalam Pakatan Rakyat yang melahirkan perasaan kurang senang dengan kenyataan Aziz Bari. Mereka berpendapat bahawa Aziz Bari tidak menghormati ahli Pakatan yang lain dengan memotong peluang mereka menjadi wakil rakyat. Perasaan ini dapat dilihat dilahirkan dalam blog-blog Pakatan dan pastinya keadaan ini akan menyaksikan pembelotan dalam Pakatan Rakyat.

Dengan ini, ternyata nasib Aziz Bari ibarat sampah selepas menamatkan khidmat di UIA. Sudahlah tiada tempat berteduh, harapan yang mahu ditagih dari Pakatan Rakyat pula akan berkecai. Jadi, diharap jangan ada lagi golongan yang mengikut jejak sumbang Aziz Bari.

1 comments:

Anonymous,  December 30, 2011 at 7:03 PM  

SElamat datang ke gelanggang Politik.!

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP