MIC BERI KERUSI KEPADA UMNO UNTUK LAWAN NIZAR?

>> 21 December 2011


IPOH 21 Dis. - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang kepada UMNO dalam satu proses pertukaran kerusi.

"Ini sudah dipersetujui MIC,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.

Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan UMNO kepada MIC sebagai ganti.

Sebelum ini, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, calon MIC, Dr S. Vasan tewas kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas dengan majoriti 4,474 undi. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP