PROJEK PARKIR BUKIT BENDERA "DISUSUN" KEMBALI. PERLU ATAU UNTUK KRONI?

>> 04 December 2011


Akhirnya Lim lidah biawak mengakui bahawa Projek Parkir Bukit Bendera merupakan satu kegagalan. Projek yang sepatutnya siap pada Mac 2011 masih lagi menghadapi pelbagai masalah. Seperti biasa, Lim Guan Eng menyalahkan pihak-pihak tertentu atas kegagalan tersebut. Lagak Lim Guan Eng seolah-olah hanya dia yang betul sedangkan dia ialah pihak yang meluluskan projek tersebut.

Di waktu ini projek bernilai anggaran RM 5.5 juta memerlukan pembaikan dari pelbagai aspek. Antaranya spesifikasi bangunan yang tidak memenuhi piawaian. Tambahan pula saiz tempat letak kereta yang dipertikai ramai pihak kerana terlalu kecil.

Dikhabarkan kerajaan Pulau Pinang akan meruntuhkan seluruh kawasan parkir tersebut untuk membina sebuah parkir yang baru. Inilah yang dinamakan pembaziran! Sepatutnya rejim Lim Guan Eng perlu memperbaiki bangunan tersebut, bukannya membazir dengan sebegitu mudah.

Apakah Lim Guan Eng mempunyai agenda tersendiri untuk membuat para kroni menjadi kaya? Dan bukankah Lim lidah biawak ini dengan penuh lantang melaungkan slogan CAT? Jadi dimanakah slogan CAT dalam situasi ini?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP