PERBICARAAN ANWAR: BELUM APA-APA HAPRAKAH SUDAH BERBOHONG

>> 13 December 2011


Kenyataan pembelit dikeluarkan oleh akhbar Haprakah terhadap kes liwat Anwar Ibrahim. Kenyataan ini agak lucu kerana ianya kenyataan Datuk Kamaruddin Jaafar yang juga merangkap AJK PAS pusat. Tajuknya sahaja sudah amat lucu iaitu "Peguam Anwar Berjaya Patah Hujah Pendakwa".

Isinya menyebut mengenai Sankara yang mempersoal kredibiliti mangsa iaitu Saiful dengan mengatakan bahawa Saiful sebagai penipu kerana jika pintu berkunci rapat bagaimana Saiful boleh memasuki bilik untuk menghidangkan kopi dan karipap. Apa yang tidak disebut di Harakah ialah hujah ini telah pun dipatahkan oleh pihak pendakwa dengan baik sekali.

Status penipu sepatutnya diberikan kepada Anwar kerana dahulu Anwar mengakui menafikan sebagai peliwat tetapi semalam Karpal pula mengesahkan berlakunya liwat. Siapa yang menipu sebenarnya?! Dan lagi pihak pembelaan masih gagal memberikan keraguan terhadap kes. Bukti juga tidak cukup dan yang mampu disediakan pihak pembelaan hanyalah modal air liur seperti ceramah politik mereka. Adakah ini dikira sebagai kejayaan kepada pihak pembelaan? 

Ahli PAS juga jangan jadi bodoh terlalu mempercayai Haprakah. Sudah terbukti Anwar meliwat. Apakah masih tertutup mata ahli PAS dengan fakta ini? Dan yang paling penting, bersediakah kita sebagai umat Islam untuk menerima pengikut ajaran umat Nabi Luth sebagai PM? Apakah mencegah kemungkaran sudah tidak penting kepada PAS kerana mahukan kuasa? Jawablah sendiri wahai ahli PAS!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP