TERBUKTI KERAJAAN PAS KEDAH GAGAL 100%! EXCO NEGERI KEDAH MEMALUKAN!

>> 17 December 2011


Malam tadi dapat disaksikan wajah sebenar Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Di waktu ini segala-gala persoalan mengenai khabar angin mengenai kemajuan Negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS terjawab. Apa yang pasti, kerajaan negeri mencatat rekod sebagai kerajaan negeri yang paling gagal dalam pentadbiran Negeri Kedah.

Siaran langsung debat disiarkan di RTM dalam siri Bicara Rakyat "Kedah la ni". Kerajaan negeri diwakili oleh YB PAS yang juga merangkap exco iaitu Dr. Salleh Ismail. Pembangkang atau BN pula diwakili Dr Ku dari BN manakala wakil UUM sebagai ahli akademik tidak dikenal pasti. 

Saya hanya tertarik dengan beberapa isu yang dikupas. Antaranya ialah isu kenaikan cukai tanah UUM. Apa yang hendak dikatakan disini, sudah jelas bahawa fakta yang dinyatakan oleh exco negeri bahawa kerajaan negeri hanya membelanjakan tidak sampai 60% daripada wang kerajaan negeri untuk kebajikan rakyat. Jadi disini, apa perlunya kerajaan negeri menaikkan cukai tersebut? Tentu kita tertanya-tanya tujuan kenaikan itu cukai itu untuk apa kerana rakyat tidak mendapat manfaat langsung dari cukai tersebut!

Sudah menjadi taktik Pakatan, bila terkantoi mula hendak tukar topik. Exco menyatakan bahawa kenaikan itu untuk memastikan kerajaan negeri dapat terus membantu rakyat. Contoh yang diberikan ialah bantuan mangsa banjir dari kerajaan negeri yang berjumlah jutaan ringgit sedangkan pusat tidak langsung memberikan kepada rakyat Kedah. Inilah jawapan sampah yang diberikan seorang exco negeri. Kerajaan pusat memberikan bantuan kepada mangsa banjir berjumlah puluhan juta ringgit cuma bantuan tersebut tidak melalui kerajaan negeri sebaliknya dihantar terus kepada mangsa banjir. Perkara ini telah pun dibincangkan di Dewan Rakyat. Sayangnya Dr Salleh Ismail lebih gemar membaca Harakah jadi maklumat seperti ini gagal untuk diperolehi.

Isu yang kedua menarik ialah kemajuan yang dibawa. Seorang penonton menyatakan dengan jelas bahawa Sungai Petani di bawah BN lebih maju dari Alor Setar di bawah Pakatan. Penonton itu juga menyatakan bahawa status bandaraya tidak sepadan dengan keadaan Alor Setar di waktu ini. Ini amat menarik kerana di mana perginya slogan kerajaan negeri yang konon-kononnya amat menjaga kebajikan rakyat negeri Kedah?

Bercakap mengenai kemajuan juga, wakil BN menyatakan dengan jelas bahawa sungguh pun kerajaan negeri mendapat keuntungan yang amat tinggi, perkara asas seperti masalah air gagal ditangani. Soalan pertama yang bermain di fikiran kita tentunya "jadi selama ini siapa yang mendapat manfaat dari keuntungan kerajaan negeri?". Ceritanya mudah sahaja. Kerajaan untung banyak. Wang tidak disalurkan kepada rakyat. Jadi siapa sebenarnya yang dapat menikmati keuntungan tersebut?

Dapat dilihat dengan jelas bahawa Dr Salleh Ismail gagal menjawab soalan-soalan ini. Kalah atau menang ialah isu kedua di dalam program ini. Isu utamanya secara realitinya adakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat amat menjaga kebajikan rakyat atau sekadar cantik dikulit sahaja? Jadi soalan yang ingin saya ajukan kepada rakyat Kedah, masih perlukah anda menyokong kerajaan yang langsung tidak menjaga kebajikan anda?

ps: manifesto pun belum tertunai, ada hati nak buat negara berkebajikan pulak. Tolong la cermin muka tu sikit wahai orang PAS...

2 comments:

Anonymous,  December 17, 2011 at 7:20 AM  

macam la BN tu bagus sangat sebenarnya lagi laghanat.

ia banyak kebajikan lagi banyak kebajikan lagi banyak masuk poket .

tak percaya..
tanya khir toyo, yg lain2 tu tak yah sebut lah

Anonymous,  December 17, 2011 at 7:29 AM  

Atas adalah contoh komen penyokong Pas yang pekat.Kenapa Khair Toyo pula yang cuba dijadikan mangsa?Boleh buat tuduhan melulu tampa memberikan hujah yang sepatutnya....inilah memtalitinya seorang penyokong Pas...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP