PENYAKIT BN YANG TIDAK BERKESUDAHAN

>> 11 December 2011


PRU ke 13 akan berlangsung pada bila-bila masa. Di waktu ini telah sibuk persiapan untuk pilihanraya walaupun tarik untuk diadakan masih menjadi tanda tanya. PRU ini dijangkakan antara yang paling sengit kerana ramalan dari pemerhati politik samada:

1. BN menang dengan majoriti besar, atau
2. untuk pertama kalinya tampuk pemerintahan akan berubah, atau
3. pemecahan kaum iaitu blog Melayu dan blog cina

Apa yang ingin dibincangkan di sini ialah permasalah BN yang masih belum diubati. Masalah-masalah ini antara penyebab-penyebab utama kegagalan BN. Perbincangan ini bukanlah merangkumi semua aspek tetapi hanya merangkumi permasalahan dalaman yang semakin parah. Inilah yang dikatakan barah yang membunuh dari dalam.

Permasalahan pertama ialah mentaliti ahli sendiri. Jika dikaji, mentaliti pemusnah ialah "wang". Ramai dikalangan ahli yang asyik berbicara pasal wang. Ungkapan yang paling biasa didengar ialah "jika tiada wang, macam mana nak bekerja". Bila bercakap perkara ini, pastinya tuding-menuding berlaku. Terdapat ramai juga pemimpin yang kedekut dalam isu ini. Jadi, kedua-dua pun salah. Seharusnya kedua-dua pihak lebih bertolak-ansur dalam hal ini. Pemimpin tidak kedekut untuk mengeluarkan wang dan ahli pula tidak terlalu mengharapkan wang untuk bekerja.

Keduanya ialah selalu hilang fokus. Setiap kali PRU, pastinya aksi sumbat gol sendiri akan berlaku. Antara sebabnya calon tidak digemari, marah kerana tidak dipilih dan banyak lagi. Di Negeri Sembilan sendiri sudah ramai mula hilang fokus. Semuanya gara-gara siapakah bakal MB yang baru. Itu pun hanya khabar angin Tok Mat akan bertanding parlimen, sudah ramai mencalonkan diri hendak menjadi MB. Pastinya nanti akan berlaku ketengangan dalam hal ini dan aksi sumbat gol sendiri akan berlaku. Fokus BN di Negeri Sembilan ialah mendapat kembali dua pertiga, bukannya siapa hendak jadi MB! Inilah masalahnya. Baru keluar khabar angin, sudah hilang fokus.

Ketiga ialah luahan hati para ahli yang tidak didengari. Di dalam blog sendiri pun dapat dilihat bagaimana banyak juga blogger sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemimpin. Memang benar terdapat saluran untuk meluahkan masalah tetapi adakah saluran tersebut menyenangkan atau menyusahkan? Semestinya terlalu banyak protokol dan kerenah birokrasi yang hendak dilalui. Jadi kerana itu ahli sendiri merasa mual untuk menggunakan saluran tersebut. Pemimpin harus sedar. Jika kawasan pemimpin tersebut tidak mendapat apa-apa aduan dari ahli, pastinya perkara tersebut menghairankan. 

Keempat ialah gerak kerja parti sendiri yang gagal membuahkan hasil. Ini pastinya terjadi dengan penipuan laporan-laporan dari hasil gerak kerja. Sebagai contoh, laporan untuk sesuatu program pastinya semuanya baik untuk menjaga nama baik dan hati pemimpin walaupun tidak mencapai sasaran. Ini masalah yang paling ketara berlaku di waktu ini. Buat program untuk 50 000 orang. Yang hadir 30 000 orang. Dalam laporan tulis 70 000 orang. Sebab hendak memastikan laporan nampak cantik, akhirnya BN kalah. Jika putih perlu dilapor putih dan jika hitam perlu dilapor hitam. Tujuannya supaya cara baru akan dilakukan supaya yang hitam akan menjadi putih. Pemimpin perlu sedar perkara ini.

Mungkin cukup setakat ini dahulu. Oleh itu, jika BN mahu menang, silalah beri perhatian dan penyelesaian terhadap masalah ini. Perkara ini perlu dibincang sekarang supaya BN mampu meraih kembali kuasa yang telah hilang. Jangan sudah kalah baru hendak berbincang.

ps: artikel ini hanyalah pendapat peribadi.


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP