DEAN JOHNS PENULIS MALAYSIAKINI TIDAK LAYAK UNTUK BERBICARA POLITIK! SIAPAKAH MANGKUK INI SEBENARNYA?

>> 08 December 2011


Penulis import MalaysiaKini iaitu Dean Johns sebenarnya tidak layak untuk menulis mengenai politik Malaysia. Ini kerana berdasarkan kepada bukti dan fakta, Dean Johns tidak pernah mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan politik.

Dean Johns sebenarnya hanyalah seorang penulis bagi ruangan iklan dan pemasaran. Selama ini penulisannya hanyalah bertumpu kepada pengiklanan. Tetapi amat menghairankan apabila seseorang yang tidak pernah mengetahui selok-belok dan pengalaman politik Malaysia tiba-tiba mahu menjadi jaguh apabila mahu mengkritik dan menghentam pihak-pihak tertentu dalam penulisan berbentuk politik yang ditayangkan oleh portal rasis malaysiaKini. Tambahan pula Dean Johns bukanlah seorang warganegara Malaysia sebaliknya seorang warganegara Australia!

Biodata Dean Johns yang langsung tidak menyebut pengalamannya dalam bidang politik

Bukti bahawa Dean Johns hanyalah penulis pemasaran sahaja dan bukanlah seorang yang arif mengenai politik (klik imej untuk baca dengan lebih jelas)


Jadi ternyata bahawa Dean Johns iaitu penulis MalaysiaKini ialah ejen perosak negara yang diimport dari luar negara oleh rejim Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim untuk merosakkan keharmornian negara melalui penulisannya di MalaysiaKini. Jadi seharusnya kita mengusir tangan-tangan asing yang cuba mencampuri urusan dalam politik tanah air kita.

Sebelum ini Senator Ezam pernah mendedahkan bahawa portal MalaysiaKini ialah sebuah portal yang dikawal oleh Anwar Ibrahim dan mendapat dana dari pihak tertentu. Dan di sini ditunjukkan bahawa penulis politik MalaysiaKini bukanlah seorang profesional dalam hal politik sebaliknya hanyalah penulis upahan yang juga merangkap penjilat tegar Anwar Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP