HAJI HADI BERI AMARAN KEPADA HASAN ALI

>> 23 December 2011


Haji Hadi menegaskan bahawa setiap ahli PAS perlu mematuhi segala haluan parti seperti yang dilaporkan Bernama. Amaran Haji Hadi ini semestinya ditujukan khas kepada Hasan Ali and the gang yang dilihat tidak lagi sehaluan dengan Pakatan Rakyat.

Pertelingkahan ini seolah-olah menyaksikan bahawa tempat Hasan Ali sudah tiada lagi di dalam Pakatan Rakyat. Terbaru Mustafa Ali terus-menerus menyerang Hasan Ali dan meminta Hasan Ali supaya tidak bersuara.

Semestinya Haji Hadi turut menerima tempias kerana konsep negara berkebanjingan PAS diusul oleh Haji Hadi sendiri. Hasan Ali pula secara terang-terangan menolak konsep negara berkebanjingan PAS sebaliknya mahu meneruskan perjuangan negara Islam. Tambahan pula kerjasama PAS dan DAP turut ditentang hebat Hasan Ali di waktu ini kerana DAP seringkali mencabar hak-hak orang Islam seperti penjualan arak di Selangor dan isu murtad di DUMC.

Dapat dilihat disini bahawa konsep perjuangan PAS sebenarnya dilakar oleh DAP dan bukannya ahli PAS sendiri. Kerana itu konsep negara Islam ditukar kepada negara berkebanjingan dengan alasan menjaga perpaduan Pakatan. Dan hal ini mencetuskan ketidakpuasan Hasan Ali yang melihat PAS semakin menuju kehancuran tetapi sayangnya hak Hasan Ali telah pun dicabul oleh ahli PAS yang lain. Tiada lagi suara, kuasa dan kekebalan dalam parti untuk Hasan Ali. Oleh itu, masih perlukah Hasan Ali memberikan kesetiaan kepada parti seperti ini?


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP