TEKS UCAPAN LIM GUAN ENG: BERBELIT-BELIT! ADA SESIAPA DI SINI YANG FAHAM?!

>> 09 December 2011


Ucapan ini diambil dari laman web DAP Malaysia. Ucapan ini di sampaikan oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 6 Disember yang lepas. Sila baca dan hayati pendahuluan ucapan ini.

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak harus menunjukkan bukti bagi amaran ganasnya kepada orang bukan Melayu yang tidak bersalah supaya tidak membangkitkan kemarahan orang Melayu, dan sekiranya gagal beliau harus keluarkan sijil kematian untuk 1Malaysia. Najib telah mengejutkan seluruh negara apabila memainkan sentimen perkauman terhadap orang bukan Melayu dalam ucapannya kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di Shah Alam semalam. Beliau memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya "jangan sesekali mereka mencuit perasaan orang Melayu dengan nak ubah apa termaktub dalam perlembagaan kita".

Sila lihat ucapan yang digelapkan. Apakah maksud ayat di atas? Ada sesiapa yang faham dengan ucapan lidah biawak ini? Apa kena mengena pula amaran ganas dengan sijil mati 1Malaysia? Apa benda ni?!


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP