PAS MENGIKTIRAF PERJUANGAN PENGIKUT KAUM NABI LUTH

>> 17 December 2011


Agak terkejut jika kita membaca akhbar Harakah sejak akhir-akhir ini. Isu utama yang dibawa tentunya bagaimana Harakah sebagai lidah rasmi PAS mempertahankan Anwar dalam kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari. Dapat dilihat kesungguhan mereka dalam mempertahankan Ketua Umum mereka walaupun peluang untuk Anwar selamat amat tipis sekali.

Dalam pada itu semestinya kita tertanya-tanya apakah pendirian PAS dalam soal kepimpinan. Karpal Singh telah pun mengakui Anwar sebagai peliwat dan Anwar sendiri tidak menyanggah kenyataan Karpal di mahkamah itu. Cuma yang menghairankan, adakah PAS sebagai parti yang "sangat Islam" sanggup mengiktiraf peliwat sebagai ketua mereka? Tambahan pula inilah bakal PM Pakatan. Dimana hukum dan pegangan Islam dalam soal ini?

Mengapa PAS masih perlu mempertahankan seorang peliwat sedangkan perbuatan itu dilaknat oleh Allah? Pernahkah kita mendengar atau mengetahui bahawa Anwar telah bertaubat dari perbuatan tersebut? Malah kesemua peguam Anwar yang beragama Islam telah menarik diri kerana ridak sanggup bersekongkol dengan seorang pendosa besar. Apakah PAS pula sanggup menolak hukum agama ketepi dengan mengangkat Anwar sebagai seorang pemimpin?

Masihkah kita ingat bagaimana PAS sanggup mengkafirkan seseorang dengan begitu mudah? Sedangkan Bob Lokman sendiri mengeluarkan kenyataan mengelirukan dengan mengatakan seseorang yang tidak bersolat subuh hukumnya kafir. Jika begitu, kesalahan seseorang meliwat terletak dimana pula dalam hukum agama PAS? Adakah meliwat tidak menjadi kesalahan kerana hukum hudud PAS membenarkan liwat ke atas seorang isteri? 

Apa yang penting inilah akibatnya jika mencampur-adukkan agama dan politik. Kesemua hukum menjadi tunggang terbalik. Perkataan kafir, syurga dan neraka bukanlah hak mutlak PAS sebaliknya hanya ALLAH yang maha mengetahui. Jadi kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Dr Harun Din, Taib Azamudeen dan Dr Hasan Ali, masih perlukah anda bersekongkol dengan kemungkaran yang nyata?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP