PAS BERJANJI MEMBELA MELAYU SEDANGKAN MEREKA MALU MENGAKU MELAYU

>> 08 December 2011


Hj hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan sentiasa membela bangsa Melayu Islam sekiranya dapat memerintah nanti. 

PAS memberi jaminan bahawa teras politik negara tetap dipegang oleh Melayu Islam jika Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional (BN). 
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, semua pihak di Malaysia hari ini menyedari hakikat bahawa teras kepada politik negara adalah Melayu Islam. 
Katanya, semua kaum dan semua parti sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang menyedari keadaan tersebut. 
Menurutnya, mana-mana parti yang menguasai politik Melayu Islam akan menjadi teras kepada politik negara ini. 
“Kita perlu menyedari bahawa semua kaum di Malaysia, semua parti di Malaysia sama ada kerajaan atau pembangkang, sama ada Umno, PAS, MCA, MIC, Gerakan, DAP dan lain-lain.

Kenyataan ini dikeluarkan tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebagai modal mereka untuk meraih simpati politik dari orang Melayu kerana di waktu ini ternyata sokongan orang Melayu terhadap PAS amat rendah. Taktik ini ialah taktik orang yang terdesak dan semestinya PAS ialah sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih populariti berkempen termasuk melanggar prinsip mereka.

Prinsip parti dilanggar demi meraih kuasa. Dulu cakap lain sekarang cakap lain

Kenyataan membela Melayu menyebabkan PAS terpaksa menjilat ludah sendiri. Kenyataan bertentangan pernah dikeluarkan oleh Nik Aziz iaitu Nik Aziz malu untuk mengaku dirinya sebagai seorang Melayu. Tambahan pula Nik Aziz mengeluarkan kenyataan "apa ada dengan Melayu"?

PAS kini dilihat terlalu terdesak untuk mengekalkan kuasa. Di waktu ini juga semakin ramai pemimpin PAS sendiri yang terus-menerus menghentam kepimpinan PAS yang terlalu tunduk dan bergantung kepada DAP dalam membuat keputusan. Segala keputusan yang dilakukan PAS perlu dirujuk dahulu kepada DAP walupun PAS ialah kuasa besar dalam PR berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi. Secara jujur dan nyata, PAS hanyalah alat tunggangan dan boneka DAP dan kerana itu mereka akan sentiasa gagal membela orang Melayu Islam kerana mereka meletakkan nasib orang Melayu Islam di dalam tangan para kafir harbi.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP