KERANA KEGAGALAN KERAJAAN NEGERI KEDAH, RAKYAT TERPAKSA MENGADU KEPADA AGONG

>> 24 December 2011



ALOR SETAR – Jawatankuasa Madrasah Salihiah Kanchut, Jalan Tambang Badak di sini menubuhkan badan bertindak untuk terus berjuang mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah.

Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah itu kini dianggotai kira-kira 200 ahli jawatan kuasa dan kariah madrasah berkenaan.

Pengerusinya, Mansor Ahmad berkata, tindakan pertama yang akan dilakukan adalah menyiapkan satu memorandum bantahan untuk diserahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

“Memorandum ini bertujuan untuk menghalang pihak pemaju dan kerajaan negeri daripada merobohkan madrasah ini memandangkan kerajaan Pas Kedah tetap berkeras untuk merobohkannya.

“Madrasah yang dibina pada tahun 1905 ini sepatutnya dijaga dan dibangunkan selaras dengan kemajuan negeri bukannya dirobohkan. Kerana itulah kami menubuhkan jawatankuasa ini supaya kami dapat mempertahankan madrasah yang berusia lebih 100 tahun ini.

“Jika usaha ini juga gagal, kami akan meneruskan kepada peringkat perundangan pula dan apa yang pasti kita akan mempertahankan madrasah ini habis-habisan,” katanya selepas majlis pelancaran badan bertindak madrasah itu oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah di sini semalam. - Harian Kosmo

ps: nama je ustaz jadi MB tapi tempat ibadat pun tak boleh jaga. apa punya kerajaan ni?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP