TINGKATKAN USAHA ATAU LUPAKAN SAHAJA KEDAH DAN SELANGOR

>> 24 December 2011


Sumber dalam PR mendedahkan bahawa kekuatan PAS dan PKR di Kedah dan Selangor tidak sampai 40 peratus. Maklumat sulit ini didapati dari seorang rakan yang akan beralih arah ke BN selepas melihat PR tiada masa depan selagi berkompromi dengan DAP.

Dalam pada itu, jangan kita terlalu gembira kerana apa-apa sahaja boleh berlaku. Inilah masanya untuk kita meningkatkan usaha supaya impian untuk menawan Kedah dan Selangor kembali menjadi kenyataan. Bukannya sekadar berangan kosong dan menunggu rezeki tergolek.

Dalam pada itu ada juga sumber maklumat mendedahkan bahawa akan ramai ahli PR lompat parti beramai-ramai di Selangor sebelum PRU. Betul atau tidak, saya sendiri pun tidak tahu. Apa yang pasti, kita tidak perlu menunggu peluang mencari kita sebaliknya kita yang mencipta peluang untuk diri kita.

Moral PR juga sudah merudum. Jadi inilah masanya kita menggiatkan kempen untuk menawan kkembali negeri yang telah hilang dan mendapatkan kembali majoriti 2/3.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP