PKR LUMPUH. 500 AHLI SERTAI UMNO

>> 26 December 2011


KUALA LUMPUR 26 Dis. - 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia. - BERNAMA

1 comments:

praha2,  December 26, 2011 at 5:53 PM  

Alhamdulilah tak terlambat do. itu lah yang paling baik sekali. oran putih kato-it better late than never. eden ucapkan syabas kepado 500 oran ni. hanyo UMNO jo yang bolih merapatkan umat Islam diMalaysia. PKR hanyo untuk seoran jo. itu pun bolum tahu come 9/1/2012 he will know his fate.
ede nak panggil lah semuo oran melayu mari lah kito bersatu bersamo UMNO. Jom masuk UMNO

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP