MALAYSIAKINI KATA BELUM HARAM, MALAYSIAN INSIDER KATA HARAM. MANA SATU BETUL?!

>> 10 December 2011


Buku Lee Kuan Yew diisytharkan haram oleh JAKIM di Malaysia. Ini kerana kandungan buku tersebut dinyatakan mengenai pandanga Lee Kuan Yew yang menyeru umat Islam tidak terlalu patuh kepada perintah agama demi kemajuan negara. Pandangan Lee Kuan Yew ini diselar oleh banyak pihak dari dunia Islam. Malah terdapat juga kalangan bukan Islam yang turut menyatakan bahawa pandangan Lee Kuan Yew itu amat mengguris hati umat Islam.

Laporan media

Seperti yang diketahui, media pembangkang iaitu MalaysiaKini dan Malaysian Insider amat rapat dengan proksi Singapura dalam mempolitikkan arus media perdana di Malaysia. Segala ajaran dan tunjuk ajar diciplak dari portal negara Republik itu demi kepentingan pihak tertentu untuk meraih sesuatu. 

Apa yang menghairankan, dalam isu buku Lee Kuan Yew ini, terdapat dua laporan media yang berbeza dari kedua-dua pihak. Satu pihak mengatakan buku tersebut sudah diharamkan oleh JAKIM manakala satu pihak lagi mengatakan buku tersebut masih belum diharamkan. Memang haramjadah punya media.

MalaysianInsider melaporkan buku tersebut telah diharamkan

MalaysiaKini melaporkan buku tersebut belum diharamkan

Apa yang pasti, laporan salah satu di antara dua portal media pembelit ini pastinya tidak benar. Yang menghairankan apakah tujuan media ini melaporkan kenyataan berbelit sebegini. Apakah mereka akan mendapat manfaat politik atau wang ringgit berdasarkan laporan yang salah?

Dalam pada itu, semestinya kita ternanti-nanti kebenaran di antara kedua-dua pihak. Siapa yang betul dan siapa yang salah. Tetapi kesimpulan yang pasti, kedua-dua media ini memang tak boleh pakai! Kesimpulannya, baca boleh percaya jangan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP