KETUA PEMUDA PAS MEMBERI AMARAN KEPADA HASAN ALI

>> 21 December 2011


Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan memberi amaran kepada mana-mana anggota parti supaya tidak mempertikaikan konsep negara berkebanjingan PAS dalam akhbar Haprakah hari ini.

Justeru, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar)menegaskan tidak layak bagi mana-mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijmakkan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah, sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa dialu-alukan.

Semalam Hasan Ali secara terang menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan negara kebanjingan ala PAS. Dan nyatalah disini bahawa Nasrudin Hassan memberi amaran secara terus kepada Hasan Ali dan mana-mana anggota PAS yang bergerak menentang arus. 

Jadi disini keretakan di antara pemimpin-pemimpin PAS semakin menjadi-jadi. Semakin ramai menunjukkan belang mereka antara yang PAS tulen dan pro DAP. Jadi sekiranya Hasan Ali tidak mendapat layanan yang baik dari parti sendiri, apakah alternatif terbaik yang boleh difikirkan olehnya?

2 comments:

Anonymous,  December 21, 2011 at 5:36 PM  

semoga Allah merestui Hassan Ali menubuhkan parti yang baru yang berlandaskan dan berprinsipkan Islam...

Anonymous,  December 21, 2011 at 6:26 PM  

Parti Pribumi Perkasa Negara ...

cadangan je.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP