SAKMANGKOL MUNGKIN TERLUPA BANYAK PERKARA...

>> 26 September 2012


Sakmangkol mengeluarkan artikel bertajuk "Mengundi UMNO itu bukan Wajib Hukumnya". Dalam artikel tersebut, Sakmangkol mengulang-ulang isi basi yang seringkali digunapakai dalam blognya. Segala bentuk sindiran tiadak  setaraf dengan imej seseorang bergelar "Datuk" dilemparkan kepada UMNO dan para penyokongnya.

Malah tiada satu pun dalil yang mampu diungkapkan mengenai hukum mengundi UMNO walaupun tajuknya terang-terang memaparkan perkataan"wajib".

Sedang seronok Sakmangkol mengeluarkan kata-kata copy n paste oleh pemimpin-pemimpin Melayu Pakatan yang cuba sedaya-upaya meraih undi Melayu, Sakmangkol sepatutnya bertanya ke manakah arah tuju perjuangan Pakatan Rakyat dan dirinya sendiri.

Dalam masa ini, masih tiada dalil dari mana-mana ustaz UMNO menyatakan bahawa hukum menyokong sesuatu parti politik itu adalah wajib. Ini bertentangan dengan konsep agama Islam yang mendahulukan parti dari agama itu sendiri.

Tetapi tidak bagi PAS yang di dalam Pakatan Rakyat. Mereka sesuka hati mengeluarkan fatwa mengelirukan. Malah ianya terang-terangan mendahulukan politik dari agama. Jadi adakah ini dibolehkan oleh agama?

Dalam pada itu PAS seringkali menggunakan hukum-hukum agama untuk mengelirukan rakyat bahawa merekalah pejuang Islam sebenar. Walhal tindakan mereka langsung tidak seiring dengan kata-kata mereka di ceramah. Malah sehingga ke hari ini PAS masih mengatakan UMNO kafir tidak melaksanakan hudud.

Persoalannya, sekiranya UMNO kafir jika tidak melaksanakan hudud, apakah hukumnya orang Melayu Islam di dalam DAP seperti Sakmangkol yang terang-terangan menolak hukum hudud secara total?

Seringkali juga Sakmangkol mempertahankan bahawa DAP tidak sesekali berlaku kejam ke atas orang Melayu. Sakmangkol juga mungkin terlupa bahawa DAP hanya menguasai Pulau Pinang dan dalam tempoh pemerintahan DAP selama 4 tahun ini Sakmangkol boleh mengira berapa banyak kekejaman rejim DAP ke atas orang Melayu Pulau Pinang.

Perjuangan Sakmangkol sendiri juga mula boleh dipertikaikan dengan meninggalkan UMNO kerana ditawarkan untuk menjadi calon DAP. Sekiranya di mahkamah, keadaan inilah yang dipanggil motif. Jadi adakah kata-kata orang mabuk kuasa seperti Sakmangkol boleh digunapakai bulat-bulat?

Ingat bahawa orang seperti ini selalunya seringkali keliru antara realiti dan angan-angan kerana mereka meletakkann kuasa sebagai perkara utama dan bukannya perjuangan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP