PEMBANGKANG MAIN API MENYALAHKAN PIHAK POLIS

>> 07 September 2012


Pembangkang sekali lagi bermain dengan api dan cuba menegakkan benang yang basah dengan mempertikaikan tindakan yang dikenakan kepada budak yang menunjukkan punggung ke gambar PM ini. Beberapa portal pembangkang menyatakan bahawa tidak adil sekiranya pihak polis hanya bertindak kepada satu pihak sahaja. Budak punggung ini ditamatkan pengajian sebaliknya pemimpin pembangkang mendakwa sekiranya perkara ini berlaku kepada penyokong BN, tidak akan ada tindakan seperti itu.

Pembangkang sebenarnya cuba memutarbelit isu dan mengambil peluang dengan menggunakan taktik simpati di atas kejadian ini. Untuk pengetahuan, pihak polis hanya sekadar mengambil keterangan dari budak ini dan tidak sama sekali mengarahkan pihak kolej menamatkan pengajian si bebal ini. Tambahan pula, tindakan pihak kolej sama sekali tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jadi tindakan pihak kolej menamatkan pengajian budak punggung adalah tindakan pihak kolej sendiri.

Jika hendak dikatakan keadilan, mungkin peristiwa di UPSI boleh dijadikan perbandingan. Masih ingatkan mahasiswa kurang ajar bernama Adam Adli dan pengikut-pengikutnya yang turut berkelakuan kurang ajar? Sudah lupakah bahawa mereka ini hanya digantung pengajian sahaja oleh pihak UPSI?

Dari sini dapat dinilai bahawa tindakan yang dikenakan pihak UPSI kepada Adam Adli dan Safwan Anang adalah pada tahap yang paling minimum. Malah ianya bolehlah dikatakan simpati pihak UPSI supaya Adam Adli dan kumpulannya boleh menamatkan pengajian walaupun kelakuan mereka setaraf dengan haiwan. Adakah ini yang dikatakan layanan tidak adil?

Jadi tiada lagi isu yang perlu dipertikaikan dari hal ini. Jadi portal-portal fitnha pembangkang diharap menghentikan taktik simpati kerana semakin ramai rakyat meluat dengan taktik tersebut.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP